STAY ALiVE Shop

Islamic & varieties of products for kids, youth, & beyond.

Beli Buku Secara Online di Stormreaders STAY ALiVE Shop

Salam semua. Berita baik kepada para pelanggan STAY ALiVE Shop & penggemar buku.

Kini, anda boleh membeli buku , majalah, & lain-lain produk dari Telaga Biru, Galeri Ilmu dll.  secara online dengan cara yang mudah melalui Stormreaders STAY ALiVE Shop.

Anda hanya perlu ke link di bawah. Sila ke

http://www.stormreaders.net/stayaliveshop

atau

http://www.stormreaders.net/stayaliveshop2

Jumpa di sana. Jazakallah =)

18/09/2010 Posted by | **Kedai kami, Buku | Leave a Comment

Pengumuman: STAY ALiVE Shop Ditangguhkan Operasinya

PENGUMUMAN

Salam. Untuk pengetahuan semua terutama para pelanggan STAY ALiVE Shop yang dihormati sekelian, kami telah menangguhkan operasi kami sehingga satu waktu yang akan diberitahu kelak.

Ini kerana hypermarket KRICO di mana kami beroperasi telah diambil alih oleh CARREFOUR yang telah menyebabkan kami terpaksa menutup operasi buat sementara waktu berikutan perubahan yang tidak menguntungkan pihak kami, juga, atas sebab-sebab lain yang memerlukan perhatian pihak kami.

Walaubagaimanapun, kami masih beroperasi secara online terutamanya melalui Stormreaders STAY ALiVE Shop

Sebarang kesulitan amat dikesali. InsyaAllah, kami akan kembali beroperasi di premis yang baru pada masa akan datang.

Doa & sokongan dari tuan puan untuk kejayaan kami kami dahulukan dengan ucapan terimakasih. Jazakallah :)

16/05/2011 Posted by | ***From the manager, **Kedai kami | Leave a Comment

Buku: 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010


“Kita berada di bumi bukan hak kita & bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok2 bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita & datuk nenek kita, semuanya celik mata tengok bumi sudah ada. Ini menunjukkan segala yang ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam tanaman hatta sebutir beras pun tak dibuat oleh manusia tetapi oleh Allah SWT. Ertinya kita hidup di bumi Tuhan, makan tanaman yg diciptakan Tuhan, hirup udara Tuhan, adakah munasabah kita mahu lawan Tuhan…?”

Dapatkannya segera di STAY ALiVE Shop =)

28/12/2010 Posted by | Buku | Leave a Comment

Buku: Cinta di Langit Gaza


Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 /RM25.00

Dipetik dari http://abunuha.wordpress.com/

Saya menyimpan koleksi buku yang banyak hasil tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor. Buku hebat ini bagi saya adalah tulisan terbaik yang pernah saya baca khususnya berkaitan tentang catatan perjalanan dan pengalaman dalam misi menyantuni umat Islam di beberapa benua. Hampir separuh buku ini berlegar tentang bumi Gaza Palestin, tempat kelahiran imamuna Imam asy-Syafie Rahimahullah Ta’ala. Separuh lagi diisi dengan pengalaman sarat misi kemanusiaan ke Lubnan, Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Bagi saya ia juga bukan sekadar satu catatan perjalanan dalam sebuah misi kemanusiaan, tetapi juga menyuntik semangat du’at di luar sana untuk sama-sama menggembeling tenaga membantu umat Islam di mana sahaja mereka berada. Ia menepati nas al-Quran dan hadith Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu bersaudara. Ia tidak dibatasi dengan sempadan negara dan benua, kerana aqidah dan Tuhan kita satu. Setiap umat Islam bertanggungjawab membantu saudara seagamanya menurut kemampuan dan kedudukan masing-masing. Yang ada kekuatan tenaga, datang berkelana. Yang ada kekuatan harta, menghulur dana.

Ini buku wajib dibaca kepada aktivis amal kemanusiaan khususnya penggerak dakwah dan harakah islamiyyah di Malaysia. Saya bersemangat membacanya. Cukup tiga catatan berikut saya salinkan semula, untuk membangkit semangat dan rasa kita supaya menghayati buku ini dan seterusnya menyumbang sesuatu demi persaudaraan Islam. Sekalung tahniah untuk Ustaz Riduan dan semua aktivis harakah Islamiyyah.

HATI TERSAYAT DI BUMI PELARIAN

Semasa di Gaza, saya ditaklimatkan tentang kehidupan yang sangat buruk di khemah pelarian dengan kepadatan melebihi 50,000 penghuni di setiap kem pengungsian. Kem pelarian sangat sesak dengan kemudahan untuk penghuninya sangat terbatas, angka penduduknya sentiasa meningkat dengan pantas kerana rakyat Palestin berkahwin dalam usia yang muda dengan ambisi untuk melahirkan sebanyak mungkin zuriat.

MEREDAH LALUAN KE GAZA

Semenjak di alam kampus saya berniat untuk mewakafkan diri untuk perjuangan Islam, mendedikasikan diri dalam wadah Islam, terutama untuk membantu umat Islam yang sentiasa diserkap kesusahan. Antara yang saya cintakan ialah pembebasan al Quds, kiblat pertama umat Islam, tidur saya terganggu dengan isu Gaza, ada mimpi ngeri yang mencakar lena, Palestin dan kedukaannya sentiasa dalam doa saya ketika bersimpuh di tikar sejadah mahupun ketika  melantunkan doa di mimbar khutbah. Demi Allah! Cintaku pada Palestin mengalir dalam aliran darahku setiap masa semenjak penggabungan dengan harakah Islam yang sentiasa mengambil berat isu Palestin.

MUSLIMAT PALESTIN BERBEZA?

Secara umumnya mereka mempunyai anak-anak yang ramai termasuk pemimpin HAMAS sendiri. Dr Nizar Abdul Kadir Rayyan, anaknya 12 orang (semua syahid di dalam serangan Israel). Berpoligami bukanlah perkara pelik di Gaza, kerana mereka ingin meramaikan zuriat dengan apa yang dinamakan ‘bom demografi’. HAMAS dan pejuang Islam ingin meramaikan manusia berkualiti di bumi Gaza, kematian mesti diganti dengan kelahiran yang baru. Lima bulan sahaja selepas seramai serangan di Gaza, pihak HAMAS telah menyediakan program menyunting balu syuhada. Balu syuhada telah siap untuk melahirkan barisan pejuang yang baru, yang pergi tidak perlu ditangisi dengan tempoh panjang kerana mereka yang syahid telah menyunting bidadari yang bermata jeli.

Balu syuhada adalah manusia yang berjiwa besar kerana mentaati dasar HAMAS untuk mencetak pejuang baru. Mereka mengetepikan perasaan cemburu untuk berkongsi suami, matlamat perjuangan adalah lebih utama. Mereka, wanita penghafal a-Quran ini tidak mempunyai  masa untuk bergossip dan menyelongkar kisah dalam kelambu rumahtangga orang lain. Jauh berbeza dengan kehidupan segelintir ‘muslimat’ di tempat kita yang suka menjaja kisah rumahtangga orang lain.

* Anda boleh mendapatkan buku ini di STAY ALiVE Shop.

05/10/2010 Posted by | Buku | Leave a Comment

T-Shirt Bertemakan Palestine 2010 Daripada Brotherhood Arts

Salam semua. Dapatkan T-shirt-t-shirt muslimin terbaru dari Brotherhood Arts dengan tema Palestine yang pelbagai di STAY ALiVE Shop dengan harga RM28 sahaja.

Teruskan menyokong perjuangan saudara-saudari kita di bumi anbiya, insyaAllah.


MTM14 | Free Al-Quds v3.0


MTM18 | Free Palestine


MTM19 | I’m with Palestine warriors

28/09/2010 Posted by | T-Shirt | Leave a Comment

CD: Maher Zain: Thank You Allah

Kini anda boleh dapatkan CD Maher Zain: Thank You Allah dengan harga yang berpatutan; RM 27.90 sahaja, edaran Inteam Record. Album nasyid antarabangsa no. 1 di dunia hari ini. Dengarkan lagu-lagu dari ‘the next superstar of Islamic music;’ Maher Zain yang indah dengan lirik yang sangat bermanfaat insyaAllah =)

Song List

  1. Always Be There
  2. Ya Nabi Salam Alayka
  3. Insha Allah
  4. Palestine Will Be Free
  5. Thank You Allah
  6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
  7. The Chosen One
  8. Baraka Allahu Lakuma
  9. For the Rest of My Life
  10. Hold My Hand
  11. Awaken
  12. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
  13. Open Your Eyes
  14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)
  15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)

Maher Zain’s Official Social Page = http://www.maherzain.com

21/09/2010 Posted by | *Event, CD Lagu | 1 Comment

Stiker Kereta & Motorsikal: Islam Adil Untuk Semua

Salam semua. Kini anda boleh menyampaikan mesej keadilan Islam dengan lebih menonjol dengan stiker untuk kereta & motosikal bertulisan: Islam Adil Untuk Semua.

Dapatkan stiker-stiker ini di STAY ALiVE Shop sekarang (sementara stok masih ada =)

Setiap pembelian anda untuk stiker-stiker ini adalah sumbangan untuk perjuangan para pemuda Islam di Perak insyaAllah.

16/09/2010 Posted by | Stickers | 3 Comments

Pelbagai Produk Ramadan Fiesta dari Brotherhood Arts

Salam Ramadhan kepada semua, terutamanya pelanggan-pelanggan STAY ALiVE Shop =) Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, mari kita bersama-sama tingkatkan mutu ibadah kita, moga-moga ia akan menjadi titik tolak untuk kita menjadi manusia yang lebih baik bagi Allah & RasulNya, moga Allah mengampuni dosa-dosa kitaAmin.

Sempena Ramadhan ini, STAY ALiVE Shop turut menjual pelbagai produk bertemakan Ramadan insyaAllah. Dapatkan kesemuanya di STAY ALiVE Shop. Memang cool!

Ramadan Fiesta

Ramadhan Fiesta Products

SALAAM CARD (Postcard / Greeting card) comes with 8 different beautiful designs :)
Measurement: 7in x 3in

Retail price: RM12.00 per pack

RF COOL BADGES (55mm) – with 6 BOLD, “self-statement” designs per pack.

Retail price: RM15.00 per pack

RAMADHAN FIESTA POWER MAGNET (77mm)- It will serve your fridge door as the coolest reminder and awesomesauce deco art :)

Retail price: RM4.00 per piece


GIFT2GIVE (A pack of 10 sadaqah envelopes, with 8 designs to choose from). Each sadaqah envelope has a hadith printed on to serve as a reminder to those who give sadaqah to the receivers, and to the receivers to be thankful.

Retail price: RM2.00 per pack

TAZKEERAH CARDS (A pack of 8 black and white typographical designs with meaningful messages from selected hadiths)

Measurement: 6in x 2in

Retail price: RM8.00 per pack

RAMADHAN & SYAWAL BOOKMARKERS (6 in each pack)

Retail price: RM6.00 per pack

RF COMBO PACK consists of:

  • 1) Salaam Cards (8 in a pack)
  • 2) Gift2Give (10 in a pack, 8 designs to choose from)
  • 3) RF Cool Badges (6 in a pack)
  • 4) RF Power Magnet
  • 5) RF Tazkeerah Cards (8 in a pack)
  • 6) Ramadhan & Syawal Bookmarks (12 pieces)

Retail price: RM30.00 per combo pack

STAY ALiVE Shop turut menjual pelbagai lagi produk dari Brotherhood Arts. Check it out =)

18/08/2010 Posted by | Ramadhan | Leave a Comment

Buku ‘Ramadan Tiba Lagi’


RAMADAN TIBA LAGI ialah sebuah buku yang disusun khas untuk memberi panduan dalam memperkemaskan amal ibadah puasa anda pada bulan Ramadan kali ini. Sebulan berpuasa merupakan syariat Islam yang telah termaktub kewajibannya dalam agama. Namun apakah selama ini puasa anda telah sempurna? Jangan tunggu bulan Ramadan tahun hadapan kerana tiada siapa antara kita yang mampu menjamin
usia kita akan bertemu Ramadan akan datang. Buku ini wajib dimiliki oleh setiap orang atau keluarga.

Tajuk :Ramadan Tiba Lagi
Penulis :Wan Mohd. Noh Wan Hamat
:Rusnah Abu Samah
Semenanjung M’sia: RM25.00
Sabah & S’wak : RM27.00

Dapatkan buku ini di STAY ALiVE Shop. Stok terhad, hidupkan Ramadan anda dengan ilmu mengenainya insyaAllah =)

*Dipetik dari http://yamani-angle.blogspot.com/

18/08/2010 Posted by | Buku, Ramadhan | Leave a Comment

CD: Genius Aulad Talents & Raihan – We’re Brothers and Sisters

Dapatkan CD lagu-lagu nyanyian adik-adik dari Genius Aulad Talents & Raihan, dalam sebuah album yang penuh dengan mesej & isi yang berguna, terutamanya pada anak-anak muslims untuk mereka lebih mengenali & menyintai Islam, Allah & Rasul.

All songs are in English so they can improve their language too. Get it while stock last =)

*About the songs, I personally like ‘Why,’ but my son’s favourite is ‘the Wudhuk song =)

09/07/2010 Posted by | ***From the manager, CD Lagu | Leave a Comment

Exam Pad Ana Muslim

Untuk adik-adik muslimah tak kira di IPT atau sekolah, dapatkan Exam Pad Ana Muslim yang bertemakan Ana Solehah yang comel di STAY ALiVE Shop.

Terdapat 4 design yang berwarna-warni yang pastinya comel sekali. Dapatkannya dengan harga RM5.90 sahaja setiap satu =)

20/04/2010 Posted by | Writing Notes & Pads | Leave a Comment

Ustaz Afnan ‘The Designer’ ke STAY ALiVE

Nama STAY ALiVE ini dicadangkan oleh seorang sahabat; Mu’adz. Ia kemudiannya dinspirasikan dari Surah Al-Baqarah ayat 154 yang membawa kepada tujuan & matlamat penubuhannya. Saya kemudiannya telah memikirkan untuk design trademarknya terutamanya untuk signboardnya.

Dalam proses tersebut, seorang sahabat yang saya kasihi, yang juga seorang daie & businessman dengan bakat yang pelbagai; Ustaz Afnan Hamimi telah memberi beberapa cadangan yang mencantikkan lagi design tersebut, antaranya dengan meletakkan kalimah ‘Bal Ahya’ yang bermaksud STAY ALiVE atau ‘terus hidup’. Ia sememangnya idea yang sangat cantik, sesuai dengan konsep kedai ini. Dan walaupun design pada signboardnya tidak menepati sepenuhnya spesifikasi yang saya kehendaki atas sebab-sebab teknikal, tapi sebagai signboard pertama, idea yang diberi oleh Ustaz Afnan sememangnya menonjolkan identiti yang ingin ditonjolkan oleh STAY ALiVE Shop.

Renungan seorang designer...

Isnin 29/3 yang lalu, Ustaz Afnan turut membeli beberapa produk di STAY ALiVE Shop, selain membuat beberapa tempahan. Alhamdulillah.

Terimakasih Ustaz, kerana support & ideamu. Lain kali datangla lagi =)

12/04/2010 Posted by | ***From the manager, **Kedai kami | Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.